Wednesday, 30 November 2011

Latihan kata adjektif( Anda boleh muat turun latihan ini dengan hanya klik pada perkataan "Latihan kata adjektf".)


Tuesday, 29 November 2011

Monday, 28 November 2011

Latihan Kata Adjektif

A) Garisi kata adjketif yang sesuai berdasarkan gambar.

Saturday, 26 November 2011

KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti orang, benda, binatang, dan tempat.

Jenis Kata Adjektif

Contoh
Ayat Contoh
Sifat atau keadaan
bengis, bagus, takut, buas, layu, nyaman, tenang, cerdas

1. Air dalam gelas itu telah beku.

2. Sayur-sayuran yang dijual itu kelihatan segar.

Warna
merah, jingga, hijau, perang, kelabu, indigo, kuning
1. Baju yang berwarna perang ini amat cantik.

2. Awan-awan di langit berwarna kelabu.

Ukuran
panjang, pendek, kecil, nipis, tebal, tinggi, dalam, cetek, rendah

1. Ekor anak kucing itu agak panjang.

2. Paras air sungai di belakang rumah saya cetek.

Bentuk
bulat, bujur, bengkok, segi tiga, leper
1. Bola yang dibeli oleh bapa berbentuk bulat.

2. Roti canai berbentuk leper.

Perasaan
marah, benci, rindu, muram, cemas, gembira
1. Hong Kim benci akan orang yang suka berbohong.

2. Ibu berasa gembira atas kejayaan abang.